Tuesday, January 11, 2011
Ceritera Cinta (macam) Monyet [1]
Kanda dan Dinda sangat bahagia
Percintaan bermula daripada sebuah pertemuan
Hari hari di lalui dengan kisah sempurna
Tawa, riang, tangis, hiba
Semuanya dalam keadaan sempurna
Namun semuanya berubah
Apabila Kanda bertemu dengan siDia
Kisah Kanda dengan siDia
Tidak terlalu sempurna
Namun persahabatan yang terjalin
Membuatkan mereka rapat
Kanda dan Dinda mula menyukai watak siDia
Yang boleh dianggap sahabat sejati
Dinda telah meng'aprove' siDia sebagai sahabat juga
Panas tidaklah sampai ke petang
Kanda dan Dinda dilanda masalah dalaman
Yang amat kecil (agaknya boleh diselesaikan berdua)
Apabila Kanda amat tertekan dengan masalah itu
siDia datang memberi pendapat
Bermula lah persahabatan yang ditambah
Dengan perkataan Ambil Berat
Ditranslate menjadi "caring"
satu demi satu masalah Kanda dan Dinda
Telah diselesaikan oleh siDia
Kanda mula suka dengan keprihatinan siDia
Kanda mula berubah
Malah bertambah rapat dengan siDia
Berbanding perhubungan hari-harinya dengan Dinda
Perasaan "caring" bertukar sayang
Kanda dan siDia sudah berubah
Masalah yang mulanya kecil
Bertambah "serious"
Dinda mula merana dengan perhubungan
Kanda dan siDia
Tidak disangka sangka
Akhirnya berakhirlah kisah Kanda dan Dinda
Dan Dinda telah memahami maksud "Pengkhianatan"
Dalam Persahabatan
Bermula lah kisah suka Kanda dan siDia
MORAL: SESETENGAH "Keprihatinan" oleh jantina berbeza (boleh dianggap interference) dalam percintaan boleh mambawa kehancuran perhubungan (betul ka)
Cerita rekaan; mungkin berdasarkan pengalaman sendiri dan orang disekeliling
Rujukan:
http://helpingpsychology.com/love-theory-sternbergs-triangular





