Sunday, March 20, 2011

SHOPPING dan CONTROLLING

RYN baru ja balik shopping dari JUSCO Bukit Raja. SALE punya la banyak, 50%, 70%. Rasanya macam nak beli satu JUSCO tu laaahhh! tapi sayang, duit xmasyuk lagi.. Tengah aim baju tu, seluar ni, selipar tu, selendang ni, nampak 1 sale jam POLO. ADES! 70% tuh.. Harganya 160RM, tapi tinggal 53.40RM ja? LOGIK skit!! RYN tak pikiaQ len dah, nak beli hadiah untuk birthday abah, bulan depan. (16 April). Bukan apa, bila lagi nak dapat sale camni. Capai ja tepon, terus call ibu. tengah bincang2 dengan ibu pasai jam tangan tu, dia habaq "ALONG, duit dah masuk tadi" dalam hati rasa macam menang jackpot (RYN tak penah maen pon,ok?)! hahaha. Tapi sebenar2nya, bila dah ada duit, tak rasa nak beli apa pon dah! HAMPEH!

Ni adiah untuk abah:

Cerita yang sebetolnya nak cerita:

Penah tak rasa; (untuk perempuan or lelaki la) tengah leka2 tengok barang2 sale, terpandang lak baju yang AMAAAAAT berkenan dihati.! Tiba-tiba ada suatu suara aneh berbisik dari tepi "HELLO, baju tu '
meghelit' sangat! Tak sesuai la dengan u la!" Terus lipat balik baju tu, then, kepit tangan makhluk aneh tu, berlalu pergi. HEY, ITU BF/GF U!

Sakitnya hati bila bf tak berkenan ape yang kita suka kan? Dalam hati "tapi apa bleh buat, kena lah jaga hati dia. Dia yang nak tengok."

HELLO! HELLO! WAKE UP GUYS/GIRLS! Its your life. Macam la guna duit diaorang. At least, diaorg cakap "nanti kita cari yang lagi cantik, survey2 dulu" Haaaa... macam tu kan nice. Tak best la kalau; bila kapel je, itu tak boleh, ini tak boleh. baik dok gan mak abah kat kampung je. At least kalau diaorang larang memang dah dapat pahala kalau ikut, kan?

Motif kat sini, nak cakap RYN memang tak suka kalau kena KONTROL,OK! Tapi kalau korang semua bahagia dengan larangan-pantang larang BF/GF tu, ikut korang la kan.. mungkin diaorang bakal suami korang. Janji korang HEPI, for RYN, NO MAN!! hehehehe


GambaQ hiasan(sehari sebelom):

1. meghelit tu maksudnya berkilat seperti lebihan labuci atau lain2
2. RYN tak p dengan BF, tapi dengan NANA. (perangai dia pon lebih kurang ja!ceh! haha, jangan marah NANA)

Tuesday, January 11, 2011

Birthday zulia


Note Kaki : Aku sangat ikhlas menghadiahkan video ini kepada zulia

Ceritera Cinta (macam) Monyet [1]

Kanda dan Dinda sangat bahagia

Percintaan bermula daripada sebuah pertemuan

Hari hari di lalui dengan kisah sempurna

Tawa, riang, tangis, hiba

Semuanya dalam keadaan sempurna

Namun semuanya berubah

Apabila Kanda bertemu dengan siDia

Kisah Kanda dengan siDia

Tidak terlalu sempurna

Namun persahabatan yang terjalin

Membuatkan mereka rapat

Kanda dan Dinda mula menyukai watak siDia

Yang boleh dianggap sahabat sejati

Dinda telah meng'aprove' siDia sebagai sahabat juga

Panas tidaklah sampai ke petang

Kanda dan Dinda dilanda masalah dalaman

Yang amat kecil (agaknya boleh diselesaikan berdua)

Apabila Kanda amat tertekan dengan masalah itu

siDia datang memberi pendapat

Bermula lah persahabatan yang ditambah

Dengan perkataan Ambil Berat

Ditranslate menjadi "caring"

satu demi satu masalah Kanda dan Dinda

Telah diselesaikan oleh siDia

Kanda mula suka dengan keprihatinan siDia

Kanda mula berubah

Malah bertambah rapat dengan siDia

Berbanding perhubungan hari-harinya dengan Dinda

Perasaan "caring" bertukar sayang

Kanda dan siDia sudah berubah

Masalah yang mulanya kecil

Bertambah "serious"

Dinda mula merana dengan perhubungan

Kanda dan siDia

Tidak disangka sangka

Akhirnya berakhirlah kisah Kanda dan Dinda

Dan Dinda telah memahami maksud "Pengkhianatan"

Dalam Persahabatan

Bermula lah kisah suka Kanda dan siDia

MORAL: SESETENGAH "Keprihatinan" oleh jantina berbeza (boleh dianggap interference) dalam percintaan boleh mambawa kehancuran perhubungan (betul ka)

Cerita rekaan; mungkin berdasarkan pengalaman sendiri dan orang disekeliling

Rujukan:

http://helpingpsychology.com/love-theory-sternbergs-triangular